Kolej Kediaman Tun Dr Ismail(KKTDI) merupakan salah satu daripada lima kolej kediaman di UTHM. kedudukannya yang terletak di dalam kawasan kampus menjadikan kolej kediaman ini antara pilihan utama pelajar untuk menginap.
KKTDI telah dibina pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. kolej ini mula menerima kemasukkan pelajar sulungnya pada sesi 2006/2007. Dalam usia empat tahun, KKTDI sedaya upaya menyediakan penempatan asrama yang cukup selesa kepada penghuninya.
KKTDI terdiri daripada empat blok asrama iaitu blok A,B,C dan D yang boleh menampung pelajar seramai 1000 orang. Blok A dan B menempatkan pelajar siswa manakala blok C dan D menempatkan pelajar siswi. Kemudahan disetiap bilik begitu selesa dilengkapi dengan katil,tilam, meja belajar, kerusi, rak kasut, almari dan softboard. setiap bilik mempunyai penghuni seramai empat orang pelajar.
Kemudahan lain yang boleh didapati di KKTDI adalah bilik komputer(kemudahan internet), bilik perbincangan, bilik bacaan, mesin basuh berbayar, kedai dobi, kafeteria dan minimart. Segala kemudahan ini disediakan bagi meningkatkan keselesaan pelajar.
Dengan diketuai oleh seorang pengetua dan dibantu oleh staf KKTDI serta felo-felo, KKTDI melaksanakan aktiviti aktiviti untuk penghuninya seperti aktiviti kerohanian, sukan dan kebudayaan, akademik dan program-program kemasyarakatan dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai jati diri yang baik, berketrampilan serta berkemahiran insaniah yang tinggi.
0 comments:
Post a Comment